Meniti Jalan Sunnah, Membentuk Pribadi Muslim dan Keluarga Sakinah untuk Mewujudkan Generasi Rasulullah
Monday, January 23, 2012

Makam Nabi Daud A.S di Israel

Kepadanya diturunkan kitab Zabur, kitab suci yang menghimpunkan qasidah-qasidah serta ayat-ayat yang mengandungi tasbih dan puji-pujian kepada Allah. Di dalamnya jua ada kisah tentang umat-umat terdahulu, berita tentang nabi yang akan datang termasuk berita datangnya Nabi Muhamad SAW. Nabi Daud adalah salah seorang dari tiga belas bersaudara keturunan yang ketiga belas dari Ibrahim a.s. Baginda tinggal di kota Baitlehem, kota kelahiran Nabi Isa a.s.

Allah telah mengurniakan mukjizat tertentu kepada Nabi Daud yang tidak ada pada nabi lain. Antaranya:-
  • Allah mengutusnya sebagai nabi dan rasul lengkap dengan kesempurnaan ilmu, ketelitian amal perbuatan serta kebijaksanaan dalam menyelesaikan perselisihan. Nabi Daud amat petah berkata-kata dan mampu melebur jiwa yang keras hanya dengan ayat dari mulutnya.
  • Kepadanya diturunkan kitab Zabur.
  • Allah menundukkan gunung-gunung dan memerintahkannya bertasbih mengikuti tasbih Nabi Daud setiap pagi dan senja.
  • Burung-burung pun turut bertasbih mengikuti tasbih Nabi Daud berulang-ulang.
  • Nabi Daud diberi peringatan tentang maksud suara atau bahasa burung-burung.
  • Allah telah memberinya kekuatan melentur dan melembutkan besi. Nabi Daud dapat membuat baju-baju dan lingkaran-lingkaran besi dengan tangannya tanpa pertolongan api.
  • Nabi Daud telah diberikan  kesempatan menjadi raja dan memimpin kerajaan yang kuat yang tidak dapat dikalahkan oleh musuh. Malahan ia  selalu memperoleh kemenangan di atas semua musuhnya.
  • Nabi Daud dikurniakan suara yang merdu oleh Allah yang sedap didengar oleh seluruh isi alam.  Sehingga kini ia menjadi kiasan bila seseorang bersuara merdu dikatakan bahawa ia memperoleh suara Nabi Daud.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment