Meniti Jalan Sunnah, Membentuk Pribadi Muslim dan Keluarga Sakinah untuk Mewujudkan Generasi Rasulullah
Saturday, April 28, 2012


"Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) ALLAH, dengan zikir yang sebanyak-banyaknya."(Surah Al-Ahzab ayat 41).

  Saudaraku, sesungguhnya kunci kejayaan seorang terletak pada hatinya, Apabila hatinya , baiklah seluruhnya. Sebaliknya, apabila hatinya jahat, jahat seluruhnya.Hati adalah penentu kualiti diri seseorang.Oleh kerana itu, bagi memperbaiki manusia secara keseluruhan terletak pada keberkesanan kebaikan hatinya.Pembinaan dan pendidikan diri manusia tidak bererti  apabila tidak diikuti dengan pembinaan hati.Keberkesanan pembinaan kualiti diri manusia begitu bergantung pada kejayaan pembinaan hati.Alangkah bahayanya apabila kita menghadapi  orang yang gagah dan kuat, tetapi hatinya jahat.Bagaimanakah pula terjadi apabila ada beberapa orang yang menguasai  teknologi bagi menghancurkan bumi, sementara hatinya tidak kenal rasa kasih sayang.

     Segala pekerjaan dinilai daripada amalan hatinya.Itulah kaitan pekerjaan dengan amalan hatinya. Apabila niatnya ikhlas hanya kerana ALLAH semata-mata, amalannya adalah tinggi nilainya. Apabila niatnya terpesong, bukan kerana ingin mendapat keredaan ALLAH, tetapi untuk mendapat  pujian atau pun bagi menyaingi orang lain, amalannya tidak bernilai dan tidak bererti lagi. Ketahuilah, niat itu terletak pada hati. Hati yang bersih menghasilkan niat yang ikhlas. Daripada niat yang ikhlas muncul kekuatan yang begitu besar. Kekuatan yang syaitan pun tidak sanggup mempengaruhinya. Kekuatan orang yang ikhlas ini yang perlu kita capai. Oleh itu,berusahalah membersihkan hati.

     Saudaraku,hati adalah tempat tersimpannya iman.Apabila hati kita bersih, pasti iman dapat kekal di dalamnya. Keimanan tidak bertahan lama dan tidak hadir pada hati yang kotor. Keimanan hanya  kekal pada hati yang bersih. Bersihkanlah hati kita selalu. Inilah modal awal demi membuktikan yang kita orang Muslim.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment