Lelaki bertubuh sasa, tegap dan gagah perkasa yang telah ditelan usia itu melangkah longlai tenang menuju ke tiang gantung. Kedua-dua belah tangannya terbelenggu di belakang. Namun matanya masih tetap bersinar, menaruh keyakinan terhadap masa depan negara dan rakyat. Raut mukanya tidak menampakkan rasa gentar atau takut menghadapi suasana kematian. Ia begitu gagah walaupun maut sedang menantinya tidak beberapa saat lagi. Ia tersenyum mengimbau kembali peristiwa-peristiwa yang ia lalui sehingga ia ditangkap dan dihukum di tali gantung.
Pengorbanannya murni terhadap negaranya yang tercinta. Dia berpuas hati apa yang telah dilakukannya selama ini. Dia reda dengan jalan yang dipilihnya sendiri. Ketika dia dibenarkan bersolat Subuh, dia sujud begitu lama sehingga darah yang menyelinap ke seluruh anggotanya terasa kebas-kebas, mengadu dan berdoa ke hadrat Allah s.w.t agar Allah mengampuni segala dosanya selama ini dan memohon kepada-Nya supaya negara dan rakyat bebas daripada belenggu penjajahan. Dia telah bersedia menemui Penciptanya bila-bila masa sahaja.
Suasana hening pada pagi yang dingin menikam kalbu, kedengaran tangis sedu menyelubungi orang-orang yang berada di sekelilingnya. Mereka menatap lelaki berusia 80 tahun itu dengan wajah muram. Air mata masing-masing tidak dapat ditahan, luruh bagaikan mutiara berguguran. Bagi mereka yang berada di sekitar kawasan penjara dan di tempat-tempat lain, turut merasainya, semua mereka sedar bahawa sudah sampai ketika dan waktunya lelaki itu akan menjalani hukuman gantung sampai mati pada pagi itu. Beritanya tersebar ke seluruh pelosok negara. Masing-masing mengangkat tangan menadah ke langit, memohon keampunan daripada Allah Maha Besar dan agar memberi darjat yang tinggi kepada lelaki itu dan ditempatkan bersama-sama dengan orang yang soleh.
Beberapa saat kemudian, suasana pagi yang hening itu dipecahkan dengan jerit pekik tangis bersahut-sahutan ketika mereka melihat lingkaran tali tiang gantung menjerut leher pahlawan mereka, Umar Mukhtar. Singa Padang Pasir itu telah kembali kepada Penciptanya pada 16 September 1931 di Kota Solouq. Selesai sudah perjuangannya melawan penjajahan Itali, tetapi perjuangannya itu akan tetap diteruskan oleh anak watan.
Umar Mukhtar memang dipandang sebagai simbol kepahlawanan menentang penjajahan Itali bagi rakyat Libya sejak Itali mulai mencengkam negara tersebut pada Oktober 1911. Dia telah menjadi perintis bagi mencetuskan semangat rakyat Libya menyalakan bara perjuangan rakyat menentang penjajahan Itali.
Gelora perjuangannya juga menambat hati rakyat Libya lainnya dan berjaya melahirkan ramai para mujahid seperti Ramadan As-Swaihli, Mohammad Farhat Az-Zawi, Al-Fadeel Bo-Omar, Solaiman Al-Baroun, dan Silima An-Nailiah.
Usaha Itali menguasai Libya dilakukan dengan menyerang dan menguasai kota-kota di sebelah pantai seperti Tripoli, Benghazi, Misrata dan Derna secara berturut-turut, satu demi satu jatuh ke tangan penjajah Itali. Meskipun demikian, Umar kerap kali menjadi batu halangan kepada mereka. Dia mampu menyemarakkan api perjuangan rakyat Libya menentang Itali dengan semangat yang kental.
Perjuangan mereka telah menciptakan beberapa pertempuran yang hebat. Misalnya, pertempuran yang terjadi di Al-Hani, Tripoli pada 23 Oktober 1911, Ar-Rmaila di Misrata, Al-Fwaihat di Benghazi pada Mac 1912 dan Wadi Ash-Shwaer di Derna.
Perjuangan rakyat Libya menghasilkan kejayaan yang cemerlang dan gemilang. Pejuang-pejuang pimpinan Umar pernah terlibat dalam pertempuran besar di Al-Gherthabiya, Sirt pada April 1915. Itali kehilangan ribuan tentera. Pertempuran-pertempuran seperti ini sering berlaku, membuatkan penjajah Itali terpaksa membalas serangan yang memakan masa yang panjang, tahun demi tahun untuk menguasai negara itu.
Meskipun begitu, pada akhirnya, wilayah-wilayah yang dipertahankan oleh para mujahidin jatuh ke tangan penjajah. Jatuhnya wilayah demi wilayah membuat para pejuang meninggalkan rumah dan menuju ke pegunungan. Mereka tidak pernah berdiam diri, terus merancang pelbagai strategi menyerang balas.
Pada tahun 1922, Umar telah membentuk satu kumpulan para mujahidin dan menggegarkan kembali operasi perjuangan menentang penjajahan Itali ke atas negaranya. Dia mengumpulkan kembali mujahidin di The Green Mountain (Aj-Jabal Al-Akdar), bahagian tenggara Libya. Hal ini terjadi setelah tamatnya Perang Dunia Pertama dan pada masa itu penjajah Itali terfikir bahawa mereka mampu untuk membenamkan sepenuhnya perjuangan rakyat Libya. Namun, jangkaan Itali ternyata silap.
Perjuangan yang tercetus kembali itu membuat pihak berkuasa Itali merasakan mereka berada dalam suasana yang amat tertekan, bahaya tiba-tiba datang, sering mengancam keselamatan. Mereka tidak mahu membiarkan perjuangan menuntut kebebasan ini semakin merebak. Lalu pemerintah pusat Itali, Badolio yang terkenal dengan kekejamannya yang sering kehausan darah rakyat Libya untuk diratahnya, telah mengambil tindakan ketenteraan untuk merendam bara perjuangan tersebut.
Badolio bukan sahaja ditugas untuk menumpaskan Umar Mukhtar dan pasukannya. Bahkan dia juga diberikan keizinan untuk membunuh rakyat Libya yang memberi sokongan dan membantu para mujahidin di mana jua mereka berada.
Tidak beberapa lama kemudian, diktator Musolini menghantar komandan yang berperilaku lebih zalim daripada Badolio. Dia mengambil alih tugas Badolio dan membentuk pasukan tugas khas untuk menumpaskan gerakan yang diketuai oleh Umar dan bertindak membunuh lebih ramai rakyat Libya yang tidak berdosa. Komandan yang dihantar oleh Musolini ini pada fikirannya boleh menyelesaikan masalah Libya secara langsung adalah Rodolfo Grasiani. Malah kabinet Musolini telah dimaklumkan bahawa kedatangan khas Grasiani akan membuat suasana di Libya dapat dikawal sepenuhnya.
Grasiani bersetuju pergi ke Libya dengan syarat tidak ada peraturan yang dapat menghalangnya daripada melakukan berbagai-bagai tindakan ke atas Libya termasuk peraturan-peraturan antarabangsa. Dia boleh melakukannya tanpa halangan dan sekatan mengikut kehendak hatinya bagi kepentingan Itali. Sebelum ditugaskan ke Libya, dia pergi ke Morj, Switzerland untuk merancang serangan terhadap Libya.
Rancangan Grasiani dipersetujui sepenuhnya oleh Musolini kerana dia berpegang kepada prinsip “jika tidak bersamaku, maka mereka adalah lawanku”. Dengan demikian, untuk menguasai Libya, pelbagai kaedah dan cara dihalalkan, tidak lagi mempedulikan sebanyak mana kos yang terlibat dan berapa banyak mangsa yang tidak berdosa terpaksa dikorbankan.
Tindakan pertama Grasiani di Libya ialah memutus, menyekat, dan mencegah segala bentuk hubungan dengan mujahidin dan dengan Negara-negara jiran yang memberi bantuan membekalkan senjata dan juga maklumat kepada para pejuang Libya. Dia membina kawat berduri sepanjang 300 km, tinggi 2 meter dan lebar 3 meter dari pelabuhan Bardiyat Slaiman di utara Libya hingga ke Al-Jagboub di tenggara negara itu.
Dia juga membina kem berpusat yang dikawal rapi di mana ribuan rakyat Libya mesti hidup dalam pengawasan tentera Itali. Dia membina banyak kem-kem seumpama itu di Al-Aghaila, Al-Maghroun, Solouq, dan Al-Abiyar. Keseluruhan rakyat Libya merasa tertekan dan tertindas akibat perbuatan Grasiani ini. Mereka hidup seperti haiwan di kandang, tidak ada kebebasan.
Pada akhir bulan November 1929, sebahagian besar rakyat Libya dipaksa hidup di kem-kem di Al-Jabal Al-Akdar, Mortaf-Aat Al-Thahir dari Beneena Utara sampai Ash-Shlaithemiya Selatan, dari Tawkera ke bahagian selatan padang pasir Balt Abdel-Hafeeth.
Kehidupan rakyat Libya di kem-kem ini sangat mengerikan. Ribuan rakyat Libya mati kelaparan, banyak juga yang mati kerana ditembak atau digantung kerana disyaki membantu perjuangan para mujahidin pimpinan Umar Mukhtar.
Pada tahun 1933, Ketua Jabatan Kesihatan Angkatan Tentera Darat Itali, Dr Todesky menulis dalam bukunya bertajuk Cerinaica Today. Dalam bukunya itu, dia menyebutkan bahawa dari bulan Mei hingga September 1930, lebih daripada 80,000 rakyat Libya dipaksa meninggalkan tanah kelahiran mereka dan hidup di kem-kem ini.
Setiap kumpulan rakyat Libya yang berjumlah 300 orang sekali jalan mendapat kawalan ketat daripada tentera Itali. Todesky berkata bahawa pada akhir tahun 1930, semua rakyat Libya dipaksa untuk hidup di kem-kem ini. Sebanyak 55 peratus daripada 80,000 rakyat Libya meninggal dunia di kem-kem tersebut.
Seorang sejarawan Libya, Mahmoud Ali At-Taeb ,menyatakan bahawa pada November 1930, paling tidak terdapat 17 acara pengebumian dalam sehari terjadi di kem-kem tersebut akibat kelaparan, penyakit dan tekanan mental yang maha hebat, yang tidak tertanggung oleh manusia normal.
Di luar kem-kem itu, mujahidin yang bertahan di daerah pergunungan terus berjuang menentang penjajahan Itali. Bagaimanapun, pada tahun 1931 mujahidin kehabisan bekalan makanan dan perubatan. Pemimpin mujahidin, Umar Mukhtar, jatuh sakit dan banyak para mujahidin memintanya untuk berhenti berjuang dan meninggalkan Libya dan berlindung di negara jiran yang bersimpati dengan perjuangan mereka buat sementara waktu sehingga kesihatannya pulih seperti sedia kala dan kembali menyusun perjuangan seterusnya. Bagaimanapun, dia menolak tawaran tersebut dan tetap meneruskan perjuangan menentang tentera Itali.
Atas kegigihan dan keberanian melawan penjajahan Itali, maka dia digelar sebagai ´Singa Padang Pasir´ meskipun pada akhirnya, usia senja tidak mampu membuatnya bertahan untuk memikul senjata meneruskan perjuangan. Dia ditangkap dan dijatuhi hukuman gantung. Pendakwaan dan hukuman tetap dilakukan tanpa mempedulikan Undang-undang Antarabangsa sepertimana yang ditetapkan dalam `Perjanjian Geneva´ dalam soal mempertimbangkan tahap kesihatan Umar Mukhtar dan usianya yang sudah lanjut, membolehkan beliau dikecualikan daripada hukuman di tali gantung.
Semakin redupnya bara kepahlawanan memberi peluang kepada Itali meneruskan cita-citanya dan akhirnya Itali dapat menguasai Libya setelah melakukan pertempuran selama 20 tahun. Itali hanya mampu berkuasa di Libya sehingga tahun 1943 sahaja akibat kekalahannya dalam Perang Dunia Kedua. Libya kemudian berada di bawah kekuasaan pasukan Sekutu hingga 24 Disember 1951. Itali memerdekakan Libya pada 21 Disember 1951. Sekarang Libya di bawah pentadbiran Kolonel Muammar Ghaddafi yang merampas kuasa pada 1 September 1969 dan membentuk sebuah negara kombinasi di antara sosialis dan Islam. Libya terasing daripada dunia luar akibat sekatan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di mana Amerika Syarikat menjadi dalangnya ekoran peristiwa Lockerbie dan pada September 2003 sekatan ekonomi terhadap Libya dilonggarkan kerana Ghadaffi memberi kerjasama dalam kes Lockerbie.
Begitulah secara ringkas kisah Umar Mukhtar yang berjuang hingga ke titisan darah terakhir. Kisahnya telah difilemkan. Sejarah menuntut kemerdekaan ini sering bertukar, tidak pernah padam selagi ada bumi dan matahari. Hanya yang bertukar ialah penjajahan dalam bentuk baru, iaitu penjajahan dalam bentuk politik, ekonomi, pendidikan, sosial, kebudayaan dan sebagainya yang menjadikan pemimpin tempatan sebagai boneka kepada tuannya. Ini berlaku di Iraq, di Afghanistan, di Palestin, di Khasmir, di Chechnya dan lain-lain negara umat Islam yang terpaksa tunduk kepada negara ´kuffar´, iaitu Amerika Syarikat yang menjadi negara kuasa besar tunggal atau polis dunia tanpa saingan selepas kehancuran Soviet Union pada tahun 1980-an. Maka tamatlah perang dingin yang menjadi pengimbang di antara dua kuasa besar yang berjaya mempengaruhi politik dan ekonomi dunia ketika itu.
Hanya suatu pertanyaan yang perlu kita jawab dari lubuk hati paling dalam: “Ada lagikah kepahlawanan seperti yang ditunjukkan oleh Umar Mukhtar di negara umat Islam sekarang ini?”
Susunan ABUL HANZALAH

ummatanwasatan.net