Sungai Nil, sungai yang pernah menjadi saksi keajaiban dan kekuasaan Tuhan sehingga ke hari ini. Tenang airnya yang mengalir menyimpan pelbagai cerita yang sukar diterjemah dengan kata-kata. Sungai Nil tidak pernah kering walau kemarau panjang menjelma.
Menyingkap kembali sejarah, kisah ini pernah berlaku pada zaman pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab. Ketika itu, Mesir telah jatuh ke tangan Islam sementara masyarakatnya masih banyak yang mengamalkan amalan yang bertentangan dengan syarak.
Khalifah Umar lantas melantik Amru bin ‘Ash sebagai gabenor bagi menguruskan hal ehwal dan masalah di Mesir. Sehinggalah tiba satu bulan di mana tarikh 11 hb, sungai Nil semakin surut dan hampir mengering.
Sekumpulan penduduk datang menemui Amru bin’Ash. Lalu mereka bercerita,
“Wahai Amirul Mukminin, Sungai Nil ini boleh jadi kering kecuali kami penuhi permintaannya.”
“Jika begitu, apakah permintaannya?,” tanya Amru bin ‘Ash.
“Biasanya, sudah menjadi amalan kami setiap tahun, kami akan mencari seorang anak gadis yang cantik rupa parasnya. Setelah orang tuanya setuju dan redha, kami akan menyuruh gadis itu berdandan dan berhias seelok mungkin. Selepas itu, kami akan melemparkan dia ke Sungai Nil sebagai korban. Selepas itu, barulah air Sungai Nil akan mengalir semula,” jelas mereka.
“Jangan, perbuatan itu dilarang oleh Islam. Kedatangan agama ini adalah bagi melenyapkan amalan buruk seperti ini. Bagaimana kalian tega mengorbankan nyawa gadis lain yang tidak bersalah apa-apa,” sangkal Amru bin ‘Ash yang terkejut.
Perbincangan itu tidak mendapat kata sepakat. Amru bin ‘Ash melarang penduduk melakukan korban sementara penduduk hanya mampu bertahan buat seketika. Air Sungai Nil semakin menyusut dan tidak lagi dapat menampung keperluan rakyat seperti sebelum ini. Jika keadaan masih tidak berubah, mereka merancang akan berpindah ke wilayah lain.
Lama kelamaan, penduduk mula berpindah sedikit demi sedikit. Mereka percaya Sungai Nil tidak akan mengalir selagi mereka tidak menunaikan korban seorang gadis seperti sebelum ini. Melihat perkembangan itu, Amru bin ‘Ash mengirimkan sepucuk surat kepada Khalifah Umar Al-Khattab di Madinah. Dia memberi laporan mengenai masalah yang sedang dihadapi dan apakah yang perlu dilakukan.
Tidak lama kemudian, Amru bin ‘Ash mendapat surat balasan daripada Umar. Di dalamnya berbunyi,
“Tindakanmu itu benar wahai Amru, Islam memang datang untuk menghapuskan adat yang buruk seperti mengorbankan gadis ke Sungai Nil itu. Untuk mengatasi masalah ini dan demi kebaikan penduduk Mesir, aku sertakan bersama surat untuk kau lemparkan ke dalam Sungai Nil. Sesungguhnya, itu adalah surat daripadaku khas ditujukan buat Sungai Nil.”
Kerana rasa ingin tahu, Amru bin ‘Ash membuka surat yang ditujukan kepada Sungai Nil itu. Dilihatnya tulisan tangan Khalifah Umar yang berbunyi begini,
“Dari hamba Allah, Umar Amirul Mukiminin untuk Sungai Nil, sungai kebesaran penduduk Mesir. Amma ba’du."
“Jika engkau mengalir kerana kemahuanmu, janganlah engkau mengalir. Tetapi jika engkau mengalir kerana perintah Allah SWT, maka aku meminta kepada Allah Yang Maha Esa agar menjadikan airmu mengalir seperti biasa.”
Lantas Amru bin ‘Ash melemparkan surat itu ke dalam Sungai Nil. Ketika itu, penduduk Mesir sedang bersiap-siap untuk pindah ke negeri lain. Mereka berputus asa setelah melihat Sungai Nil yang menjadi sumber rezeki dan kehidupan mereka sudah hampir kering. Kebetulan, mereka bakal menyambut perayaan Nasrani pada esoknya.
Kuasa Allah Taala mengatasi segalanya. Keesokan harinya, Sungai Nil mengalirkan airnya dengan deras. Malah, air sungai itu telah naik tujuh meter lebih dari hari biasa. Ternyata, usaha Khalifah Umar dan Amru bin ‘Ash mendatangkan hasil.
Dalam masa yang sama, kejadian itu membuka mata penduduk Mesir tentang kebesaran Islam. Mereka tidak percaya lagi dengan adat korban anak gadis itu dan meninggalkan amalan khurafat itu buat selama-lamanya.
Terima kasih kepada dakwatuna.com di atas maklumat ini.