Meniti Jalan Sunnah, Membentuk Pribadi Muslim dan Keluarga Sakinah untuk Mewujudkan Generasi Rasulullah
Sunday, November 11, 2012


Kangar: Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) mengesahkan tujuh produk sejuk beku dipercayai dibawa masuk dari Thailand serta dijual di pasaran tempatan khususnya di wilayah utara mengandungi DNA babi.

Ia termasuk tauhu ikan, sosej ketam bersalut sotong, sepit ketam tiruan, bebola ikan berperisa, produk hasil laut dan jejari ikan jenama PFP keluaran Pacific Fish Processing Limited. Selain itu, kaki ketam tiruan jenama A-Roy Mark dikilangkan Smile Heart Food Company Limited (Smile Heart) turut disahkan mengandungi DNA babi.
Ia termasuk kes pertama membabitkan sosej pulut, disusuli tauhu ikan, sosej ketam bersalut sotong dan sepit ketam tiruan yang disahkan mengandungi DNA babi pada Ogos 2011," - Mohd Sokri Hussin, Pengarah JAIPs

Difahamkan, produk sejuk beku keluaran dua syarikat berpangkalan di Thailand itu dibawa masuk secara haram dari negara jiran berkenaan, kebanyakannya dibeli peruncit termasuk penjaja kecil sebelum dijual di pasaran tempatan terutama di pasar malam atau gerai tepi jalan.

Dapat sambutan

Produk terbabit dikatakan mendapat sambutan berikutan harganya jauh lebih murah berbanding yang mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau Jabatan Agama Islam negeri.

Pengarah JAIPs, Mohd Sokri Hussin, berkata perkara itu terbongkar selepas pihak berkuasa di sempadan termasuk Jabatan Kesihatan Perlis merampas produk sejuk beku dibawa masuk secara haram sebelum mengambil sampel untuk diuji kandungannya.

“Sejak tahun lalu, kita mengesan empat kes membabitkan produk sejuk beku tidak halal dari Thailand dibawa masuk ke negara ini. Ia termasuk kes pertama membabitkan sosej pulut, disusuli tauhu ikan, sosej ketam bersalut sotong dan sepit ketam tiruan yang disahkan mengandungi DNA babi pada Ogos 2011.

Hebah menerusi khutbah

“Sementara itu, bebola ikan berperisa, produk hasil laut, jejari ikan filamen dan kaki ketam tiruan dikesan Mei dan September lalu. JAIPs sudah melakukan hebahan termasuk menerusi khutbah Jumaat di seluruh negeri selain menasihatkan umat Islam mengelak membeli produk sejuk beku dari Thailand tanpa sijil halal.

“Malah, kita turut menasihatkan peruncit termasuk peniaga pasar malam supaya tidak membeli produk sejuk beku Thailand yang tidak halal serta tiada kelulusan Kementerian Kesihatan kerana dibimbangi memudaratkan orang ramai selain menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini,” katanya.

Lebih memeranjatkan, katanya, ada sebahagian produk sejuk beku yang dirampas itu turut memiliki logo halal dari Thailand yang dikhuatiri mengelirukan umat Islam di negara ini.

www.bharian.com.my
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment