Meniti Jalan Sunnah, Membentuk Pribadi Muslim dan Keluarga Sakinah untuk Mewujudkan Generasi Rasulullah
Friday, November 23, 2012


Kalau kita bandingkan antara serangan Yahudi terhadap Gaza tahun 2008 dan sekarang amat berbeza. Kalau serangan tahun 2008 mengambil masa yang agak lama. Serangan 2008 amat ganas. Yaudi menggunakan segala kekuatan tentera yang ada. Kuasa dunia berpusing-pusing mencari dan menyeru Yahudi agar hentikan serangan dan adakan gencatan senjata, tetapi sebelum menerima gencatan senjata Yahudi mengganas seganas-ganasnya.

Gaza dibiarkan terkapai keseorangan. Rafah ditutup oleh kerajaan Mubarak. Rakyat Gaza yang cedera tidak dibenarkan memasuki Mesir untuk mendapatkan rawatan. Bahkan ada yang menyeberangi secara haram ditembak oleh askar Mesir. Bantuan dari seluruh dunia banyak yang tersadai di Rafah angkara Mubarak yang menutup pintu Rafah. Berlaku kekurangan ubat-ubatan dan makanan yang amat ketara waktu itu. Negara-negara Islam hanya berani berkemundang di udara sahaja menyeru kuasa-kuasa besar dunia selesaikan persengkitaan di Gaza.

Alhamdulillah dunia telah berubah. Kepimpinan Mursi telah dapat merubah senario kuasa di Timur Tengah. Gandingan Rasyid Tayyeb Erdogen dan Mursi telah menyedarkan Yahudi. Keangkuhan Yahudi tersekat. Masa Mubarak dulu syabab Mesir pernah memohon untuk bersama saudara mereka di Gaza menentang Yahudi tetapi Mubarak tidak izinkan.

Yahudi bimbang kalau masih berdegil untuk menyerang Gaza , apa akan terjadi jika Mursi benarkan syabab-syabab dari Mesir cucu-cucu Al Banna bergabung dengan saudara mereka cucu-cucu Ahmad Yassin di Gaza isytihar jihad fi sabilillah. Anak-anak cucu Al Banna dan Ahmad Yassin bergabung tenaga dan di dokong oleh anak-anak cucu Al Fateh dari Turki bukan sahaja Yahudi akan lumpuh bahkan dunia kuffar akan lumpuh segala-segalanya.

 Anak cucu Al Banna pernah mengalahkan Yahudi di Sinai pada tahun 1973 dengan hancurnya benteng Barlive. Mereka pernah memohon untuk terus ke Tel Aviv tetapi Perdana Menteri Mesir waktu itu Nuqrasyi tidak benarkan dengan berkata Aku hanya PM untuk Mesir sahaja.Kepulangan mereka dari bumi Sinai telah disambutkan dengan trak-trak polis membawa mereka ke penjara. Anak-anak cucu Ahmad Yassin pernah kalahkan Yahudi dengan intifadhah sehingga Gaza dibebaskan tahun 2005-06. Anak-anak cucu Al Fateh jatuhkan Kontantinople.

Ismail Haniyah pernah menyatakan bahawa Al Qassam semakin kuat. Banyak senjata senjata canggih yang diperolehi. Peluru Al Qassam telah sampai ke tengah tengah Tel Aviv. Sebelum ini jatuh jauh di pinggir Tel Aviv. Ini amat menakutkan Yahudi.

Diedit dari Sharpudin AB Kadir 22/11/12.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment