Pada 30 September 2012 adalah merupakan hari ulang tahun ke 12 kesyahidan remaja Gaza yang bernama Muhammad al-Durrah.
Peristiwa kesyahidannya telah berlaku berdekatan persimpangan Netzarim, di Semenanjung Gaza pada 30 September 2000, iaitu pada hari ke dua Intifada Al-Aqsa.
Seorang penduduk tempatan di bumi Gaza yang bernama Jamal al-Durrah dan anak lelaki kesayangannya yang berumur 12 tahun iaitu Muhammad al Durrah telah diserang secara berkumpulan oleh tentera pengganas rejim Zionis pada tarikh tersebut.
Ketika berpeluang mendapatkan perlindungan buat seketika dalam peristiwa itu, Jamal al Durrah telah mengheret anaknya ke sebalik tembok konkrit bagi melindungi anaknya daripada muntahan peluru tentera Zionis selama hampir 45 minit. Namun kekejaman tentera rejim Zionis yang tidak mengenal erti kemanusiaan ini terus terserlah melalui tindak tanduk mereka yang bersifat kebinatangan.

Peristiwa ini telah menjadi bukti pengorbanan Muhammad untuk perjuangan pembebasan Palestin, tanah suci milik umat Islam sejagat. Peristiwa berdarah ini sempat dirakamkan oleh 2 orang jurugambar Perancis yang berada di Gaza pada ketika itu. Rakaman yang bermakna ini kemudiannya telah disiarkan berulang-kali di televisyen Palestin dan juga di beberapa saluran media antarabangsa.
Rakaman yang pernah disaksikan oleh rakyat Malaysia ini menunjukkan bagaimana bapa remaja tersebut, Jamal al-Durrah telah melambai-lambai dengan mengharapkan simpati dan belas ihsan kepada tentera Israel sambil menjerit: “jangan tembak, jangan tembak” beberapa kali.
Namun remaja ini telah terkorban syahid setelah muntahan peluru yang tidak bermata tersebut memamah dan menghancurkan tubuhnya dan terus terkulai layu di pangkuan ayahnya. Tembakan berikutnya pula telah mengenai ayahnya pula.
Pemandu ambulans yang ke 2, telah cuba untuk menyelamatkan Muhammad al Durrah dan ayahnya Jamal al Durrah dengan membawa mereka ke hospital setelah pemandu ambulans yang pertama cedera. Namun Muhammad al Durrah telah pergi terlebih dahulu sebagai seorang syuhada’ dan kemudiannya diikuti oleh ayahnya.
Menurut jurucakap hospital yang menerima jenazah Muhammad al Durrah, beliau terkorban setelah mengalami luka parah akibat 4 tembakan yang telah menghancurkan beberapa anggota badan dan organ dalamannya.
Upacara penyempurnaan jenazah dan penghormatan terakhir buat mereka berdua telah diadakan secara besar-besaran dan telah dihadiri oleh ribuan penduduk Gaza terutamanya masyarakat di Kem Pelarian Bureij. Mereka telah mengiringi jenazah seorang hero remaja, as syahid Muhammad al Durrah.
Semoga Muhamad dan Jamal al Durrah dikurniakan Allah swt Syurga Firdausi al a’ala bersama para anbiya’, para syuhada, para solihin dan siddiqin. Moga-moga Allah swt juga mengurniakan generasi pejuang yang yang bersedia untuk berjuang bagi mengembalikan ketuanan Islam di Baitul Maqdis, Palestin dan dunia Islam secara keseluruhannya
Saksikan rakaman video ini :