Meniti Jalan Sunnah, Membentuk Pribadi Muslim dan Keluarga Sakinah untuk Mewujudkan Generasi Rasulullah
Sunday, November 25, 2012



Siapakan sebenarnya pengganas atau teroris ?

Adakah mereka yang mempertahankan wilayah mereka daripada terus dijajah atau mereka yang menjajah negara orang lain itu sebenarnya pengganas ?

Gaza terus diasak dengan muntahan peluru dan bom yang sampai bertalu-talu daripada serangan udara dan darat oleh regim penjajah Zionis Israel.

Sasarannya turut menemui anak-anak kecil, para wanita dan orang-orang awam yang telah dikepung di wilayah sempit ini sejak tahun 2007 yang lalu.

Adakah waras untuk rakyat dan para pejuang Palestin untuk terus mengalah dan menyerahkan segala-galanya kepada pihak penjajah? Tentunya tidak !

Kalau dulu roket al Qassam hanya boleh menemui sasarannya sekitar 40-50 km daripada pusat pelancarannya di Gaza. Namun kini roket al Qassam telah pun berkeupayaan untuk sampai ke targetnya di Tel Aviv (71 km daripada Gaza). Bahkan lebih daripada itu. Ini telah dibuktikan apabila serangan balas roket al Qassam telah pun mengenai sasarannya di kalangan anggota tentera Israel di tel Aviv.

Briged al Qassam telah menjanjikan sesuatu yang lebih hebat sekiranya Gaza terus diasak dan dizalimi oleh regim Zionis.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment