Meniti Jalan Sunnah, Membentuk Pribadi Muslim dan Keluarga Sakinah untuk Mewujudkan Generasi Rasulullah
Monday, December 3, 2012



dia memegang senjata? aiwah, kalamuka sahih
 
dia sedang mempertahankan negaranya? aiwah, sahih

setepatnya, dia adalah pelajar medic yang sedang melanjutkan pelajaran di german. setibanya berita tragedi yang melanda negaranya ke pengetahuannya, yakni Syria, dia yang merupakan penduduk asal Syria itu segera pulang ke negaranya tanpa berlengah walaupun sedang melanjutkan pengajian. dan kepulangan dia bukanlah utk rehat-rehat, tapi untuk menghadapi detik-detik sukar bersama-sama dengan penduduk asal syria yang lain. kalau dia mahu, boleh saja dia pekakkan telinga dan butakan mata, dan teruskan menyambung pelajaran jika mahu kesenangan.

benar, tidak mudah untuk kita tinggalkan kesenangan. namun ingatlah petikan kata-kata syeikh ahmad yasin, Barangsiapa yang bernazar dalam dirinya, untuk hidup bersama agamanya, maka dia akan hidup dalam kelelahan. Namun sesungguhnya dia (walaupun lelah) akan hidup dalam keagungan dan menjemput kematian dengan keagungan! kini dia telah diterima Allah dan dimuliakan dengan mati syahid! Allahu Akbar!

tangan yang sepatutnya memegang ubat dan badan yang sepatutnya merebahkan diri di atas kerusi empuk sambil menikmati dinginnya penghawa dingin dalam pejabat berakhir dengan tangan yang menggalas kelelahan kerana mengacukan senjata ke arah musuh Allah dan badannya rebah ke bumi bersama penyaksian kalimah syahadah yang tak dapat dipisahkan oleh mereka yang inginkan cahaya Islam terpadam!

ini.. ini.. ini.. ini sangat osem! dan inilah model acuan ayat-ayat suci Allah yang benar-benar terjadi dalam kehidupan, bentuk sebenar manusia yang mengakui beriman kepada Allah, walaupun jatuh ke tanah yang rendah, tubuh mereka takkan sesekali menyentuh kerendahan!

bidang kita mungkin boleh berubah, tapi hati dan iman kita tetap pada Yang Esa!

Sumber : Page FB Tentera Fisabillillah (Bangkitlah Wahai Umat Islam)
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment