Masjid itu rumah Allah. Di dalamnya dipenuhi barakah dan menjadi medan ibadah. Menghormati masjid sebagai lokasi mulia memang dituntut oleh kita. Sebagaimana kisah yang pernah berlaku ketika zaman Nabi.
Ketika itu, Nabi datang ke masjid untuk menunaikan solat. Baginda terlihat beberapa orang sahabat sedang bergelak ketawa. Lantas baginda menegur sikap mereka dan bersabda,
“Kalau kamu selalu mengingati mati, sudah tentu aku tidak melihat kalian dalam keadaan begini. Pada setiap masa kamu hidup, kamu mesti mengingati maut. Setiap waktu tanah perkuburan memekik mengatakan , “Aku ini merupakan semak samun. Aku ini dipenuhi dengan debu. Aku ini penuh dengan serangga.”
Apabila seorang mukmin dikebumikan di dalamnya, bumi berkata , “ Aku ucapkan selamat datang kepadamu. Di antara manusia yang bertebaran di permukaan bumi ini, engkaulah yang paling aku sukai. Baik sungguh hatimu kerana sudi memasuki aku. Sekarang lihatlah bagaimana aku menghiburkan hatimu? Kemudian bumi membesar sejauh mata memandang. Sebuah pintu syurga terbuka di hadapannya."
Melalui pintu-pintu ini akan keluar bau-bauan yang semerbak harumnya, berkali ganda lebih harum dari segala yang pernah ada di dunia. Maka tersenyum dan amanlah roh mukmin yang terpilih itu, menanti sehingga hari dibangkitkan semula.
Tetapi apabila yang dimasukkan ke bumi itu adalah orang jahil, musyrik dan banyak amalan jahatnya, bumi akan berkata, “ Tidak ada kata-kata aluan bagimu. Sungguh malang nasibmu ini. Di antara manusia yang hidup di dunia, engkaulah yang paling aku benci. Sekarang lihatlah layananku terhadapmu."
Kemudian dia dihimpit oleh bumi sehingga tulang rusuknya saling tikam menikam. Sebanyak tujuh puluh ekor ular akan memagutnya. Penyeksaan itu berterusan sehingga tiba hari kiamat. Alangkah dahsyat, alangkah sakitnya!. Ular-ular itu terlalu bisa sehingga kalau seekor sahaja menyembuhkan bisanya di permukaan bumi, sehelai rambut pun tidak akan tumbuh. Kemudian Nabi berkata,
“Kubur boleh menjadi syurga dan kubur boleh juga menjadi neraka.”