Meniti Jalan Sunnah, Membentuk Pribadi Muslim dan Keluarga Sakinah untuk Mewujudkan Generasi Rasulullah
Sunday, January 6, 2013


 Syeikh Al-Dhari mengingatkan bahawa ketika ini lebih dari 5000 muslimah sunni masih berada di penjara-penjara rejim Syiah Iraq. Bukan hanya 400 muslimah sunni, seperti digembar-gemburkan oleh rejim Al-Maliki. Di penjara Al-kazhimiyah sahaja, terdapat lebih dari 500 tahanan muslimah sunni yang melahirkan bayi akibat diperkosa secara brutal oleh tentera dan warden rejim Syiah Iraq.

Syeikh Al-Dhari menyebutkan bahawa PM Al-Maliki tidak akan melepaskan para muslimah sunni yang ditahan dalam penjara-penjara kerana akan menyebabkan terbongkarnya kebiadaban rejim Syiah Iraq boneka NATO dan Iran tersebut.

Siri demonstrasi rakyat Iraq yang selama tiga minggu terakhir berlangsung di sebahagian besar daerah dan bandar, menurut Al-Dhari gerakan rakyat bukan gerakan kelompok tertentu. Suku bangsa Bersatu, Kurdistan dan Turkman bersatu dalam aksi-aksi demo tersebut. Bahkan beberapa bandar dengan majoriti penduduk Syiah seperti Karbala juga menghantar beribu-ribu warganya untuk bergabung dengan para penunjuk perasaan muslim sunni.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment