Meniti Jalan Sunnah, Membentuk Pribadi Muslim dan Keluarga Sakinah untuk Mewujudkan Generasi Rasulullah
Sunday, August 4, 2013



Berikut cerita dari teman 'sepenjara'.

Ustaz Ammar Hanafy, teman Dr Muhammad Mursi - presiden Mesir sekarang - ketika bersama-sama berada dalam penjara (Era rejim Mubarak), menceritakan :

"Dr Muhammad Mursi ketika di dalam penjara menghabiskan waktu-waktunya untuk beribadah. Selama 20 jam dalam sehari semalam beliau berpindah dari solat, tilawah, munajat dan zikir. Hanya 4 jam waktu beliau untuk berehat. Makanya tidak hairan bila Allah memikulkan amanah yang begitu berat ke atas bahu beliau, kerana beliau sendiri yang akan membelanya".

Isteri beliau juga menceritakan: "Setiap malam pulang bertugas dari Istana Ittihadiyah, suamiku selalu tenggelam dalam ibadahnya. Beliau solat dan bermunajat sampai janggutnya dibasahi air mata. Bantalnya sering basah ketika bangun tidur kerana menangis. Beliau sangat takut kepada Allah. Takut pertanggungjawaban terhadap amanahnya yang berat di akhirat kelak".

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment