Meniti Jalan Sunnah, Membentuk Pribadi Muslim dan Keluarga Sakinah untuk Mewujudkan Generasi Rasulullah
Wednesday, August 21, 2013



Gara-gara seorang wanita Islam bertudung yang sedang sarat mengandung dipukul oleh seseorang lelaki dengan kepala wanita itu dihentak ke kereta mengundang kemarahan orang ramai. Menurut mangsa, ia adalah disebabkan lelaki tersebut membenci Islam. Lelaki itu juga mengatakan kepadanya " orang macam kamu ni tak layak tinggal di Sini ! "

Kemarahan orang ramai mengenai insiden itu diluahkan dengan cara mereka memakai tudung sebagai tanda solidariti dan sokongan kepada mangsa yang baru berumur 20 tahun itu.

Jangan hairan apabila melihat anak kecil, ibu, orang bukan Islam termasuk lelaki mula berani memakai tudung di negara yang minoriti Islam itu. Sebelum ini orang Islam di Sweden sendiri bimbang dengan ugutan yang diberikan kepada orang yang memakai tudung. Namun kini, Orang ramai sudah mula mahu mengenali apa itu Islam melalui tudung.

Semoga Allah memberikan hidayah kepada mereka Semua. Ameeen..

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment