Rashid Ghannouchi |
[Ghannouchi : Sesiapa Yang Ada Secebis Kemanusiaan Mesti Berdiri Menentang Kekejaman Tentera Ini]
Bercakap kepada 'Al mutawassit' saluran stesen TV Tunisia semalam, pemimpin Ennahda, Rashid Ghannouchi berkata; "Apa yang berlaku ialah kekejaman yang bukan dilakukan oleh manusia tetapi oleh raksasa yang didorong oleh kebencian dan bersedia untuk membakar dunia dek kerana pihak berkuasa yang murah, dan menunjukkan bahawa mereka tidak mempunyai sebarang penghargaan terhadap kemanusiaan atau agama.
Orang-orang yang membunuh anak-anak muda, kanak-kanak, wanita, dan yang menunjukkan senjata mereka pada penunjuk perasaan aman, seperti yang diterangkan oleh seluruh dunia, bukanlah sesiapa, tetapi individu-individu politik yang muflis.

Ini adalah muflis elit yang menggabungkan tentera dengan golongan serakah dan dengan pseudo-liberal. Mereka telah melakukan tiga atau empat pembunuhan beramai-ramai pada bulan ini yang membuktikan kemuflisan mereka dan kehebatan politik Islam yang telah berdiri teguh, dan terus berdiri teguh, di medan yang menentang segala kebatilan, menunjukkan keyakinan mereka dalam mesej damai Islam yang sebenar dan prinsip-prinsip kemanusiaan, hak untuk kebebasan, demokrasi dan hak asasi manusia.
Politik Islam yang mereka rujuk telah menunjukkan kepahlawanan yang hebat berbanding dengan kegagalan yang dahsyat pseudo-liberal ini, yang kononnya progresif dan moden. Hari ini, seluruh dunia menyaksikan kegagalan itu, seperti Tunisia yang menyaksikan contoh kekejaman yang ingin diimport ke Tunisia.
Jika kita bertanya pada penunjuk perasaan dalam perhimpunan "Rahil" : Adakah anda mengalu-alukan jika pihak berkuasa Tunisia melakukan apa yang pihak berkuasa Mesir-yang anda sokong-telah lakukan? Bagaimana anda menggambarkan pihak berkuasa ini? Mengapa anda berdiam diri mengenai pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan satu demi satu ini? Adakah anda berkongsi nilai-nilai dengan pelaku tersebut? nilai apakah itu? Atau adakah anda mengorbankan semua nilai-nilai dan prinsip-prinsip anda kerana kebencian pada Islam? Apa yang tinggal dari prinsip-prinsip dan nilai-nilai itu apabila anda berdiam diri mengenai jenayah kejam tersebut, atau lebih teruk lagi, membenarkan mereka?
Apa yang berlaku di Mesir adalah satu bentuk imunisasi terhadap revolusi Tunisia, yang perlu diimunisasikan, kerana apa yang berlaku di Mesir adalah satu petunjuk yang jelas bahawa model Mesir tidak boleh dicontohi di negara kita. Tunisia mengeksport revolusi ke Mesir dan beberapa orang mahu mengimport kekejaman dan keganasan rampasan kuasa tentera ini dalam sejarah Tunisia.
Sesiapa yang mempunyai secebis kemanusiaan di dunia ini , mestilah berdiri menentang kekejaman tentera ini, kita tidak menganggap bahawa semua tentera Mesir yang bertanggungjawab, tetapi hanya pemimpinnya sahaja yang bertanggungjawab ke atas mayat-mayat manusia dan mesti dikutuk.
Mengapa Bangsa-Bangsa Bersatu tidak bertindak, dan mengapa kerajaan, termasuk kerajaan Tunisia, tidak menggesa Majlis Keselamatan untuk mengutuk perbuatan ganas ini? Lebih-lebih lagi pemikir dunia dan pertubuhan hak asasi manusia, semua seharusnya mengutuk jenayah ini.
Sumber : MiddleEastMonitor
#mesirkini