Pagi itu, Rasulullah SAW mengimamkan solat para sahabat dan jemaah. Namun, ada bunyi menggerutup yang memecah kesunyian selain suara baginda mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran. Para sahabat dan jemaah resah. Apakah Rasul kesayangan mereka ini sedang sakit? Sampaikan bunyi yang kedengaran seperti sendi dan tulangnya berlaga begitu jelas setiap kali baginda rukuk dan sujud. Bunyi itu semakin jelas malah semakin mengguris hati para jemaah.
Selesai sembahyang, datanglah Saidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan Rasulullah SAW.
“Ya Rasulullah, apakah tuan sedang menanggung penderitaan yang amat berat, adakah tuan sedang sakit?” tanya Umar dengan penuh kerisauan.
“Tidak Ya Umar, Alhamdulillah, aku masih sihat walafiat,”
“Tapi, jika benar tuan sihat, mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar bunyi seolah-olah sendi bergesekan di tubuh tuan? Kami yakin, tuan memang sedang sakit,” desak Umar lagi.
Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Terlihat perut baginda yang kempis, dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil bagi menahan rasa lapar. Batu-batu itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi tadi yang disangkakan sendi dan tulang. Para sahabat yang melihatnya terkejut. Ada yang mengalirkan air mata kerana sedih melihat Rasulullah begitu.
“Ya Rasulullah, adakah kami ini tidak boleh mendapatkan makanan kalau tuan berasa lapar?” tanya Umar dengan linangan air mata.
”Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah Allah SWT buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di akhirat kelak.”